klik atas

backlink

gambar laju

Friday, March 11, 2011

Amaran Tsunami!! Jauhi aktiviti di Pantai

Amaran berjaga-jaga!!!

Kemungkinan TSUNAMI melanda.  

TOLONG JAUHI KAWASAN PANTAI.!!!!


Petang tadi saya gie ker Gong Badak, Hajatnya lepas abis kerja nak lepak mancing kat pantai Seberang Takir. Tapi hati tak sedap la pulak. Jeong jer nampak cuaca. So batal jer la aktiviti tu, makan roti tempayan lagi best....nyum... nyum.... Habis... balik... dah nak gharib... hujan...... uih... selamat aku tak gi ngail tadi!! (ada betul juga kata hatiku)

Sampai di rumah, Dikhabarkan berita Pihak POLIS beri amaran dan halau pengunjung di sekitar Pantai Batu Buruk. Ape kes?? Ada rusuhan ker?? Tanya punya tanya...

Amaran berjaga-jaga. 

Kemungkinan TSUNAMI melanda.  

TOLONG JAUHI KAWASAN PANTAI.!!!! 
Terutama penduduk di kawasan pantai Kuala terengganu dan seantara dengannya


Sumber  Google web : Amaran Tsunami paras bahaya kepada negara New Zealand, The Philipppines, Indonesia, PapuaNew Guinea, Hawaii and others!!


Wah ..... Berita gempar nie... Mesti ramai yang tak tahu nie... Saya teringat Artikel baru nie... Cari, Salin, masuk dalam blok anime4nz nie ; Bulan Semakin Dekati Bumi. Ada kesinambungan dalam artikel tersebut dengan tsunami ini. Walaupun ianya ada percanggahan pendapat mengenai pemerhatian sains.

Ingatlah hanya Allah Yang Lebih Mengetahui.

Syukur, Alhamdulillah... saya tergerak hati untuk menjauhi kawasan pantai hari ini.... Tapi adakah ianya hanya hari ini.... mengikut artikel yang saya post sebelum ini, fenomena bulan hampiri bumi ini akan terjadi pada 19 Mac 2011. Maka bertakwalah kepada Allah nescaya Allah akan beri petunjuk kepada hambanya.

Jepun digegar gempa kuat, amaran tsunami dikeluarkan

11/03/2011 3:16pm

WASHINGTON 11 Mac - Satu gempa bumi kuat berukuran 8.8 pada skala Richter menggegar pantai timur Jepun hari ini, mengakibatkan satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. -bernama

Iklan : Sila Klik

Penduduk Labuan dan Sabah dinasihat tidak ke pantai

11/03/2011 4:29pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang di jangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.
Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata, ini di jangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.
Katanya, satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.
Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini. –utusan

Tsunami: Pelajar Malaysia di Miyagi, Jepun selamat

11/03/2011 8:20pm

KANGAR 11 Mac – Penuntut Malaysia di Miyagi, Jepun dilapor berada dalam keadaan selamat ketika wilayah itu terjejas akibat fenomena tsunami berikutan gempa bumi kuat di Pantai Timur Honshu hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Sulastri Yahya, 37, penuntut tahun kedua Universiti Tohoku di Sendai, yang sempat menghantar mesej secara SMS kepada kakaknya.
SMS itu menyebut: “Kak. adik ok, tapi takut sangat... dengan kawan-kawan ni dekat skul... tempat kumpul.. x letrik.”
Abangnya, Husaini Yahya, 47, berkata, SMS tersebut dihantar sebaik kejadian tsunami berlaku, dan selepas itu, Sulastri tidak lagi menghubungi keluarga serta memaklumkan perkembangan terbaru.
"Saya juga cuba menghubunginya tapi tidak berjaya,” kata kontraktor itu ketika dihubungi di sini hari ini.
Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter itu dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter, selain menghanyutkan kereta serta bangunan di sepanjang pantai. –bernama

Gempa bumi di Jepun: Amaran laut bergelora dikeluarkan

11/03/2011 8:47pm

KOTA KINABALU 11 Mac – Laut bergelora dan paras air laut tinggi dijangka berlaku di perairan pantai Labuan dan Sabah mulai 6 petang dan 12 tengah malam ini.
Dalam satu kenyataan di sini, jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, ASP Mohd Zaki Harry Susanto berkata, orang ramai dinasihatkan tidak berada di pantai-pantai berkenaan.
Keadaan laut sebegitu adalah berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini.
Pusat gempa bumi tersebut terletak 4,343 kilometer utara dari Timur Laut Kudat, Sabah.
“Polis Sabah akan memperbanyakkan rondaan di kawasan tersebut dan akan berusaha memastikan masyarakat setempat sentiasa peka terhadap perkembangan ini,” kata Mohd Zaki. – Bernama

Gempa bumi di Jepun: Wisma Putra bilik operasi, hotline

11/03/2011 9:00pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kementerian Luar membuka bilik operasi dan mengaktifkan hotline di pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini berhubung kejadian gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda perairan timur laut Jepun hari ini.
Nombor telefon yang boleh dihubungi di Wisma Putra di sini ialah 03-8887 4570, 03-8887 4770,03-8889 2746 dan 03-8889 2830, manakala kedutaan Malaysia di Tokyo boleh dihubungi dengan menelefon 81334763840.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata, pejabat kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau dengan rapi perkembangan bencana itu dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenainya.
"Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa di kalangan rakyat Malaysia akibat bencana itu, dan semua pegawai kementerian serta kaum keluarga mereka dilaporkan selamat,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Gempa bumi di Jepun: PM ucapkan takziah dan simpati

11/03/2011 9:07pm

PUTRAJAYA 11 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah dan simpati kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan Jepun dan rakyatnya atas musibah gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu tengah hari tadi.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan pembukaan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini. –bernama

Gempa bumi di Jepun: Polis Terengganu pantau pantai

11/03/2011 10:40pm

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Pasukan peronda polis di semua Ibu Pejabat Polis Daerah di Terengganu telah diarahkan untuk memantau sepanjang pesisir pantai Terengganu mulai petang tadi.
Pegawai Bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, ASP Shuhaimi Jusoh berkata, ia dibuat sebagai langkah berjaga-jaga kemungkinan laut bergelora dan ombak besar ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun hari ini.
Gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 1.46 petang hari ini, dilapor mencetuskan fenomena tsunami setinggi 10 meter.
"Rondaan dibuat bagi memantau keadaan setelah mendapat arahan daripada Bukit Aman.
"Walaupun kita mungkin tidak terjejas dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, kita tetap berjaga-jaga dan pasukan peronda akan menasihatkan penduduk agar tidak melakukan aktiviti seperti mandi-manda di pantai berikutan jangkaan paras air akan naik,” kata Suhaimi.
Beliau berkata, rondaan akan dibuat sehingga tengah malam ini bergantung kepada arahan seterusnya. – Bernama

Iklan : Sila KLIK

100 rakyat Malaysia di kawasan gempa bumi selamat

11/03/2011 10:50pm

KUALA LUMPUR 11 Mac – Seratus rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Tokyo disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Ahmad Rozian Abdul Ghani.
"Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini (Jepun) dan sahkan mereka selamat. Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Daripada jumlah itu, katanya, 67 orang adalah pelajar, 43 di universiti di Miyagi, 18 di Iwate dan enam di Aomori.
Pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan seperti yang sentiasa dimaklumkan kepada mereka sebelum ini, katanya.
Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong yang berada di Tokyo untuk tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) berkata, gempa kuat itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu pengguna komuter terkandas di stesen kereta api bawah tanah berikutan perkhidmatan itu ditangguhkan.
Restoran berhampiran stesen kereta api sesak dengan kebanjiran penumpang kereta api yang mendapatkan perlindungan daripada cuaca sejuk, katanya.
"Orang ramai berbaris panjang untuk menggunakan telefon awam selepas talian telefon bimbit mengalami kesesakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini. – Bernama

Kedutaan Malaysia di Jepun hanya alami kerosakan kecil

11/03/2011 10:55pm

TOKYO 11 Mac – Pejabat kedutaan Malaysia di Nanpeidai-Cho di daerah Shibuya hanya mengalami kerosakan kecil apabila beberapa panel siling aluminium di bahagian pintu gerbangnya jatuh semasa gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun.
Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata, gempa bumi pada kira-kira pukul 2.46 petang itu hanya mengakibatkan kerosakan kecil, dan beberapa barang cenderahati serta buku-buku yang dipamer di pejabat kedutaan jatuh berselerak.
"Walaupun saya pernah melalui pengalaman menghadapi beberapa gempa bumi sejak saya ditukarkan ke sini setahun empat bulan lalu, tapi kejadian hari ini memberi kesan yang amat mendalam kepada saya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Shaharuddin telah mempengerusikan mesyuarat kecemasan bagi merangka kemungkinan melancar gerakan menyelamat rakyat Malaysia di Jepun yang mungkin terperangkap akibat gempa bumi itu.
Beliau berkata, terdapat 16 pelajar di wilayah Iwate dan 40 lagi di wilayah Miyagi, dua kawasan yang berdekatan dengan Sendai, yang merupakan kawasan pinggir pantai berhampiran dengan tempat kejadian gempa.
Shaharuddin juga berkata, 50 rakyat Malaysia serta petugas kedutaan selamat, begitu juga kira-kira 20 anggota keluarga mereka dari Malaysia yang berada di sini. – Bernama


Bersambungan di ; Berita Tsunami pada 12 Mac 2011 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online