klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, March 19, 2011

Supermoon 2011

Apa Terjadi Hari Ini, 19 Mac 2011??

Mungkin korang sudah mengetahuinya, sudah membacanya, tapi pasti masih ramai juga yang belum tahu sesuatu akan berlaku kepada bumi pada hari 19 Mac 2011 (hari ini) ini. Apa yang bakal berlaku kepada bumi pada malam ini ? 

Apa yang akan berlaku pada 19 Mac 2011 ialah fenomena luar biasa yang dikenali sebagai ‘Supermoon’. Supermoon berlaku apabila bulan berada sangat dekat dengan bumi. Ia menyebabkan bulan kelihatan cukup besar dan dianggarkan 30% sehingga 50% lebih besar daripada yang lazim dilihat apabila bulan mengambang.


Tapi supermoon yang akan berlaku pada 19 Mac ini lebih menakjubkan kerana bulan ketika itu berada pada jarak paling dekat dengan bumi iaitu pada jarak 356,577 km iaitu yang keenam terdekat sejak kali terakhir pada 1985.

Tapi apa yang lebih menakutkan kita ialah banyak kejadian bencana supermoon seperti tahun-tahun sebelumnya. Antara bencana alam menjelang  supermoon yang pernah berlaku sebelum ini ialah: 
mungkin akan berlaku menjelang ketibaan @ hari-hari selepasnya
  • Tsunami Meulaboh- berlaku pada 26hb Disember 2004, iaitu kurang dua minggu sebelum fenomena Supermoon berlaku pada Januari 2005. Tsunami 2004 itu telah menyebabkan 225,000 manusia dari seluruh Asia hingga ke Afrika terbunuh.
  • Taufan Tracy- berlaku pada 25hb Disember 1974 sehingga memusnahkan 70% bandar Darwin, Australia. Ia berlaku kurang beberapa hari sebelum fenomena Supermoon berlaku. Taufan dahsyat ini telah menyebabkan  70 orang terbunuh, ratusan tercedera, dan lebih  30,000 kehilangan rumah.
Berikutan apa yang pernah berlaku itu ramai saintis Barat meramalkan menjelang 19 Mac ini air pasang besar akan melanda banyak pantai di seluruh dunia, gegaran besar akan berlaku di beberapa tempat diikuti tsunami dahsyat !! Salah seorang saintis tersebut, saintis Amerika Syarikat, Richard Nolle meramalkan banyak bencana alam akan berlaku sekitar 19hb March 2011

Yang jelas, seperti korang semua tahu ialah bencana tsunami yang berlaku di Jepun pada 11 Mac 2011 lalu , cuma 8 hari sebelum supermoon 2011 datang. 

Tapi adakah akan berlaku satu lagi bencana  alam yang lebih besar selepas tsunami pada 11 Mac 2011 di Jepun itu? Ramai  saintis yang anime4nz baca dalam beberapa artikel begitu yakin akan berlaku satu lagi malapetaka.

Cuma saintis-saintis Barat ini lebih percaya kepada ilmu akal, berbanding ketentuan Illahi. Ia berbeza dengan  anime4nz dan orang-orang Islam lain yang percaya segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Jika Allah menetapkan tsunami akan berlaku pada 11 Mac 2011, maka ia pasti berlaku.  
Dan jika Allah menyatakan tidak ada apa yang akan berlaku pada 19 Mac ini selain dari saiz bulan yang sangat besar, maka tidak akan apa yang berlaku pada tarikh-tarikh itu....
Saya sendiri suka melihat bulan penuh dan pernah suatu ketika saya pun tak pasti bermimpi @ di alam realiti  terlihat bulan mengambang penuh di depan mata dan masih lagi teringat-ingat peristiwa itu. (mungkin masa itu terjadinya supermoon... kerana ianya terjadi hanya 18 @ 20 tahun sekali). Atau keberangkalian Kg ku berasaskan dengan kejadian ini. Kampung Mengabang Tengah. Hanya Allah  Yang Lebih Mengetahui. 

Di dalam kepekatan gelap malam, tiba-tiba di tengah-tengahnya terpancar cahaya putih yang cantik dipantulkan oleh bulan yang bulat.  Maha Suci ALLAH yang menciptanya, ia sangat cantik.  Marilah kita sama-sama melihat bulan penuh, sambil sama-sama bertasbih, bertahmid dan bertakbir.

Orang-orang dulu selalu mengaitkan bulan mengambang penuh dengan kecantikan.  Tidak hairanlah mengapa ada bait-bait lagu yang memuji kecantikan kekasih mereka dengan mengaitkannnya dengan bulan.  Malah ada di dalam hadith, tatkala Jabir Samurah menatap wajah Rasulullah sallAllhu `alaihi wasallam di malam terang bulan, ia berkata:
“Aku memandang wajah Nabi, lalu melihat ke arah bulan, maka bagiku beliau jauh lebih indah dari bulan yang sedang memancarkan cahaya itu.” (HR At-Turmidzi)
Melihatkan bulan penuh sahaja sudah menarik perhatian saya akan kecantikannya, apatah lagi apabila seseorang yang lebih cantik dan lebih senang dilihat berbanding bulan penuh itu, tentulah dia merupakan seseorang yang mempunyai raut wajah yang sangat menarik, sangat cantik atau sangat tampan.  Dialah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Ah, betapa indahnya wajah Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, tidak dapat kita bayangkan…

Fenomena Bulan Hampir Dengan Bumi

Fenomena ini akan berlaku malam ini 19 MAC 2011 bersamaan 15 Rabi`ul Akhir 1432H, iaitu Sabtu, malam Ahad.

InsyaALLAH, saya tidak akan lepaskan peluang untuk melihatnya.  Yang lebih penting ialah melihatnya dengan disertakan rasa syukur dan kasih kepada Yang Menciptanya.  Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir patut diulang-ulang tatkala melihat keindahannya.  Sungguh, semua yang diciptakannya tidak pernah sia-sia…
“RABBAna ma khalaqTA hadza batila, subhanaKA, faqina `adzab an-nar”
“Wahai TUHAN kami, tidak ENGKAU jadikan ini semua dengan sia-sia, Maha Suci ENGKAU, maka jauhkanlah kami dari azab api neraka”
Perlu juga berhati-hati terutama buat nelayan kerana bulan selalu dikaitkan dengan pasang-surut air laut di pantai.  Apabila bulan berada hampir dengan bumi, sudah tentulah ia sedikit sebanyak memberikan kesan yang di luar kebiasaan!!.

Semoga setiap apa yang berlaku di sekeliling kita bisa menambahkan keimanan kita semua.  Mendatangkan rasa kehambaan ke dalam diri kita, betapa kerdilnya kita, betapa dhaifnya kita.  
DIAlah Segala-galanya.  DIAlah Segala-segalanya!!!

Jika artikel ini bagus kandungannya, amalkanlah. Dan kongsilah dengan semua. Semoga dengan mengamalkannya dan menyebarkannya, anda akan diganjari ALLAH Ta`ala dengan kebaikan yang banyak, amin.

Sumber internet, blog muzir, mycuteshoppe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online