klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 31, 2011

Tarian Poco-poco Haram??

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya.

Tarian ini sangat popular di negara kita pada masa kini. Ia bukan sahaja dilakukan oleh orang kebanyakan malah oleh golongan atasan dalam pelbagai bentuk majlis keraian. Jabatan kerajaan juga tidak ketinggalan mengadakan tarian poco-poco sebagai menggantikan senaman pagi untuk peserta kursus.

Apabila diteliti semula, saya baru perasan pergerakan langkah tarian ini, ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan menyerupai bentuk salib.

Lagipun berhati-hati juga dengan percampuran golongan lelaki dan wanita semasa tarian ini. Semoga ianya tidak mengundang musibah di kemudian hari. 

Bersama-samalah kita bermohon kepada Allah supaya mengampunkan kita semua yang pernah terlibat dengan tarian ini kerana kita semua lalai, suka mengikut sesuatu perkara tanpa usul periksa.

Ketahuilah Islam amat teliti dan mementingkan akidah.... Janganlah terlampau ikut arus semasa tapi terpesong dengan jalan agama Allah. Perlu dalami lagi Ilmu Allah.

Anime4nz berharap agar selepas ini Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah Kementerian Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi, mengambil langkah proaktif mempopularkan Senam Seni yang diperkenalkan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online