klik atas

backlink

gambar laju

Monday, July 30, 2012

Marilah Mengerjakan Sembahyang


SOLAT

  • Bukan PART TIME
  • Bukan SOMETIME
  • Bukan NO TIME

  • Mesti Buat FULL TIME
  • Mesti Buat ON TIME
  • Kalau Boleh OVERTIME

Sebab.... MATI ANYTIME


Massage ini dibawa oleh anime4nz dan Keluarga Avail

Sunday, July 29, 2012

Pelupusan betul pelihara kesucian Al-Quran

KEBIASAANNYA masyarakat Islam dihidangkan dengan kaedah pengebumian mayat berpandukan ajaran Islam, tetapi jarang sekali kita didedahkan dengan kaedah atau teknik betul dalam melupuskan al Quran lama atau bahan bercetak mengandungi ayat al Quran.

Akibat fenomena itu, ramai pihak mengambil mudah dalam soal berkenaan hinggakan ada yang tergamak membuang al-Quran lama di tempat tidak sepatutnya.


Malah, tidak kurang juga pengusaha kedai fotostat membuang kertas mengandungi ayat al-Quran secara mudah dan tidak diuruskan dengan sewajarnya.

Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu dan Jabatan Laut Wilayah Timur bersepakat melupuskan al-Quran lama berpandukan garis panduan yang ditetapkan Islam dengan seliaan Jabatan Mufti Negeri Terengganu.


Baru-baru ini, tercatat sejarah apabila lebih 200 kilogram abu al-Quran yang dibakar menggunakan relau (insinerator) direka khas oleh JHEAT menggunakan dram dilupuskan di tengah Laut China Selatan iaitu sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu di kedalaman 37 meter.

Program Pelupusan al Quran Lama dan Bahan Bercetak Teks al Quran itu yang turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh dan Ketua Penolong Pesuruhjaya Penyelidikan JHEAT, Mohd Noor Mohamad, dilihat sebagai program yang berjaya dalam membendung orang ramai daripada membuang atau melupuskan al-Quran dengan cara tidak betul.

Muhammad Ramli berkata, dengan penganjuran program seperti itu, orang ramai tiada alasan untuk membuang naskhah al-Quran di merata tempat atau membiarkannya di tempat tidak sepatutnya.

Patung FIGURA - bukan sekadar hobi

PERMAINAN figura aksi memang sesuatu yang sinonim dengan kanak-kanak. Tunjukkan apa sahaja jenis permainan sekalipun, pasti ia mampu menarik perhatian mereka.

Kini, permainan figura aksi bukan sahaja menjadi rebutan peminat cilik bahkan juga menjadi kegilaan pengumpul di kalangan orang dewasa dan bekerjaya.

Malah, syarikat pembuat mainan seperti Hasbro, Toynami, Takara Tomy, Bandai, Tamiya dan sebagainya semakin menumpukan koleksi permainan yang dikhususkan untuk orang dewasa.

Mainan yang dikumpul juga dilihat lebih bebas, tidak tertumpu kepada koleksi adiwira atau superhero sahaja, sebaliknya koleksi yang diadaptasi daripada filem seperti E.T, Mission Impossible dan lain-lain kian mendapat sambutan.

Baru-baru ini .com berpeluang untuk berhimpun bersama dengan pengumpul mainan figura aksi untuk melihat sendiri pelbagai koleksi mainan yang dipamerkan di Perpustakaan Kuala Lumpur.

Monday, July 23, 2012

Klik dengan bijak

Anime4nz tahu anda semua di luar sana pengguna internet yang bijak ! ! ! Jadi....


JAGA KESELAMATAN KATA LALUAN ANDA.
  • Gunakan kata laluan yang sukar untuk diteka tetapi mudah untuk anda ingati.
  • Tukar kata laluan anda sekerap yang mungkin.

TERAPKAN NILAI-NILAI MURNI.
  • Amalkan sifat hormat menghormati ketika anda berkongsi pandangan.
  • Jangan biarkan emosi mempengaruhi anda.

AMALKAN BUDI BAHASA.
  • Elakkan daripada menggunakan bahasa dan perkataan yang boleh mengguris perasaan orang lain.

BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS APA YANG ANDA TULIS DAN KATAKAN.
  • Selidik dahulu maklumat yang ingin anda kongsikan dan pastikan ia tepat.
  • Jangan sebar fitnah dan khabar angin.

LINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI ANDA.
  • Bijak berkongsi maklumat peribadi anda.
  • Pastikan kesahihan pihak yang anda berurusan.

WASPADA MENGGUNAKAN EMEL.
  • Sentiasa berhati-hati dengan emel yang diterima dari orang yang tidak anda kenali.
  • Elakkan dari menjadi mangsa penipuan Internet.


Message ini dibawa khas dari KELUARGA AVAIL ..... JOM SIHAT.....

Tuesday, July 17, 2012

wang / duit baru Malaysia 2012

Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.

Kakitangan Bank Negara, menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia yang akan di gunakan oleh orang ramai nanti
duit baru malaysia

Sunday, July 15, 2012

Bola Tin

Alangkah indah sekiranya zaman ini kembali untuk kali ke 2, ke 3 dan seterusnya mengikut kehendak.. tapi mana mungkin masa lalu bisa diputar kembali..
Manakan tidak rasa rindu mencengkam, kerana zaman itu adalah zaman ‘kain putih’, manakan sama dengan zaman remaja dan dewasa yang penuh pelbagai coretan dan contengan pelbagai warna dan lakaran.. bercampur warna.. yang indah ada yang kelam pun ada.. tapi masa tidak boleh diputar kembali..  hanya kenangan yang menggamit memori.. 

Terlakar bibit-bibit manis ukhwah.. tak kira lelaki atau perempuan.. umur pun tak semua sebaya.. apa yang penting masa tu enjoy puas2..
Masa tu macam-macam kenangan dicoretkan,. macam-macam lah, banyak sangat kalau nak senarai habis..
Tapi yang paling jadi kenangan ialah bila main bola tin..

Untuk pengetahuan,  inilah permainan lazim kami geng kampung yang selalu dimainkan pada waktu lapang…Bola tin @ Bola teng @ di kenali bola kopi oleh masyarakat kampung adalah permainan paling popular pada zaman dulu.. 

Tuesday, July 10, 2012

Koleksi Teka Teki

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua..

Anime4nz dok tengok lening making ramai kawan-kawan dok main teka teki sini sane....

Pening doh mikir jawapan yer okkk....jom  kita pakak kongsi dan bermain teka-teki lok kali nie!!



MERAPU!
1. Dalam banyak-banyak air, air apa yg paling berani?
Jawapan : Air terjun! Sebab tinggi kot dia terjun!
2. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang keluar haid?
Jawapan : kura-kura.. Sebab dia keluarkan Head dia..
3. Banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Pelik tak?
Jawapan : Siput babi. Sebab siput bertelur. Babi beranak.
4. Dalam banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
Jawapan : Sungai Besi.
5. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan : Motor. Sebab motor pakai tongkat!
6. Banyak-banyak pokok, poko apa yang paling baik hati?
Jawapan : Pokok pisang sebab pokok pisang keluarkan jantung dia.
7. Huruf jawi, huruf apa yang ada angin?
Jawapan : TA dengan YA sebab TAYA=TAYAR.
8. Kasut paling keras?
Jawapan : Kasut bata.
9. Sebuah bas yang sangat laju berhenti dengan serta-merta kerana hampir melanggar seekor lembu. Apa benda dari bas berkenaan yang akan turun dulu?
Jawapan : Meter bas.

Monday, July 9, 2012

Solat Rendahkan Kolesterol

IBADAT solat mempunyai pengertian yang sangat luas cakupannya. Solat dikatakan boleh memberikan ketenangan dan menjadi senaman terbaik khususnya kepada umat Islam yang mengamalkannya lima kali sehari seperti yang dituntut syarak.

Lebih penting, solat adalah satu medium komunikasi antara manusia sebagai makhluk dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Amalan harian ini mempunyai 1001 hikmah jika dikaji dari aspek rohani dan juga jasmani.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Informatik Perubatan dan Sistem Mikro-Elektro-Mekanikal (MIMEMS) di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, ibadah solat boleh memberikan 1001 manfaat kepada pengamalnya jika dilakukan dengan tekun dan tertib.

Beliau yang mengetuai sekumpulan penyelidik yang membuat kajian tentang sains solat sejak tahun 2005 memberitahu, melalui pergerakan dalam solat, banyak fakta saintifik dapat dibongkarkan.

"Hasil kajian yang dijalankan mendapati ibadah solat ternyata boleh memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya.

Tuesday, July 3, 2012

waktu / saat / detik / masa

Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita "terlepaskannya", kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dosa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

SEMUANYA BENAR.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online