klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, September 27, 2012

Apabila Sudah Marah . . .

MARAH ITU SENJATA.
Ia boleh membawa manfaat dan jika tidak dikawal,
Diri juga yang sengsara.
Namun usah gusar, anda sendiri mampu mengawal rasa marah.

SETIAP orang mempunyai sifat marah namun sama ada perasaan itu dapat di kawal sebaiknya atau tidak, ia bergantung kepada individu terbabit.

Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul jika tiada sebab, tempat dan waktunya. Apabila kemarahan berlaku tanpa dikawal, ia tidak ubah seperti api yang membakar.

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari tetapi ia juga juga perlu dalam keadaan tertentu. Misalnya, seorang suami harus marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikuti ajaran yang dituntut agama.

Ingatlah, marah itu senjata. Ia boleh membawa manfaat dan sebaliknya memberi kemudaratan jika tidak dikawal. Orang yang bijak dan sabar adalah manusia yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat bukan kemudaratan.

Sebelum kemarahan menjadi punca kepada pergaduhan atau perceraian suami isteri, cuba pelajari cara untuk mengawal kemarahan bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk berlaku pada hubungan anda.

tips baru hendak belajar memandu kereta

Tips ini untuk pemandu yang baru mendapat lesen L dan baru hendak belajar memandu kereta.

5 perkara yang paling utama yang perlu difahami dan diberi perhatian. Anda tidak perlu terlalu takut dan panik.

1. Anda perlu tahu dan mengenali alat kawalan dalam kereta. Contohnya seperti bagaimana hendak laraskan tempat duduk dengan selesa, stereng, pedal clutch, pedal brek kaki, pedal minyak, gear, brek tangan dan cermin.

2. Kemudian mula mengetahui cara hendak hidupkan engin dan matikan engin.

3. Anda perlu tahu bagaimana hendak menggerakkan kereta. Guna gear apa dan hendak tekan pedal apa.

4. Anda perlu tahu bagaimana hendak perlahankan kereta dan bagaimana hendak berhentikan kereta dengan betul dan selamat.

5. Anda perlu tahu bagaimana hendak mengawal stereng jika hendak bergerak lurus, hendak membelok ke kanan atau ke kiri.


Bila anda sudah faham tentang perkara utama ini akan lebih memudahkan anda serta menjadikan anda lebih tenang dan releks ketika belajar tanpa stress.

Jadi, anda perlu belajar secara teori dan fahamkan dalam minda anda serta praktikkan ketika belajar. InsyaAllah anda lebih mudah belajar.

senjata SULIT wanita

Sebagai seorang isteri, pernahkah anda tahu bahawa anda sebenarnya mempunyai beberapa senjata 'sulit' yang dianugerahkan Tuhan untuk memikat dan merangsang suami anda?

Apabila anda tahu apakah senjata-senjata sulit di tubuh anda itu, tahukah pula bagaimana anda menggunakannya untuk 'menundukkan' suami anda agar terus jatuh cinta kepada anda?

Sebagai seorang isteri kita sebenarnya mempunyai pelbagai keistimewaan yang membolehkan kita memikat hati suami berlandaskan apa yang ada pada diri kita.


Mungkin kita pernah terfikir, sebagai seorang lelaki, suami anda sebenarnya mahukan 'kelainan' dari tubuh anda, sedangkan sebaliknya, mereka sebenarnya lebih suka dengan apa yang dikatakan keindahan asli daripada tubuh isteri mereka.

Jadi tidak perlulah kita sebagai isteri membahayakan diri melakukan pembedahan plastik semata-mata untuk mendapatkan tubuh yang 'maha mengancam' pada pandangan suami.

Berikut diberikan tujuh perkara utama yang boleh menjadi senjata sulit isteri memikat suami.

Tuesday, September 25, 2012

Kalau Binatang Ada Facebook (FB)

KALAU BINATANG ADA FB, AGAK-AGAKNYE GINILAH YE DUK WAT STATUS HOK MCM KITE DUK POST SOKMO TU.......

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?


anime4nz : Seloka bersama FB :)

Ciri-ciri Serangga

Jenis Serangga Berguna
  • Serangga bermanfaat - Parasititoid
  • Serangga bermanfaat - Pemangsa
  • Serangga bemanfaat - Pendebunga, sumber protein dan entro-pelancongan
Serangga merupakan satu kelas dalam filum artropoda meliputi labah2, kepitng, kutu kayu dan sentipoda.

Serangga mulai hidup sebagai telur, lalu tumbuh melalui tahap larva dan pupa-yang bentuknya berbeza dengan makhluk dewasanya nanti. serangga juga boleh berubah dari telur menjadi nimfa-yaitu bintang muda yang tampak mirip binatang dewasanya dan mengembangkan sayap selama tumbuh.

Tubuh serangga memiliki 3 bahagian:
1. kepala
2. toraks dan abdomen
3. 6 kaki dan 4 sayap yg melekat di toraks.

Pada antropoda lain, seperti labah2, kepala dan toraknya menjadi satu ruas dan mempunyai 8 kaki tetapi tanpa sayap.

Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Sentipoda dan milipoda mempunyai banyak ruas tubuh, masing2 dgn dua atau empat kaki.

Serangga bernafas dengan menghisap oksigen n melepas karbondioksida seperti haiwan lain. tapi, serangga punya sistem saluran kecil yang disebut trakea. sistem ini tersebar diseluruh tubuh dan mengantarkan oksigen langsung ke sel dan organ. pada serangga udara memasuki trakea melalui pori2 kecil yang disebut spirakel dan beredar melalui pembuluh kecil yang disebut trakeola yang mirip kapiler.

Monday, September 24, 2012

Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Senarai Top 10 Lapangan Terbangterbaik ini berdasarkan Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2012. Ia melibatkan tinjauan seramai 12 juta penumpang di 385 lapangan terbang seluruh dunia dan meliputi penilaian mengenai perkhidmatan, proses penerbangan serta kemudahan.

1. INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT, KOREA SELATAN

Incheon - Top Ten Airports
Ini adalah lapangan terbang terbesar di Korea Selatan dan juga sebagai salah satu daripada lapangan terbang tersibuk di dunia. Ia mempunyai penghormatan sebagai lapangan terbang terbaik di dunia selama tujuh tahun berturut-turut oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (2005-2012). Lapangan terbang ini mempunyai padang golf, spa, bilik tidur swasta, tempat meluncur ais, kasino, taman dan juga muzium. Proses perlepasan mengambil masa 16 minit dan ketibaan hanya 12 minit, iaitu jauh lebih tinggi daripada standard antarabangsa iaitu 60 minit perlepasan dan 45 minit untuk ketibaan. Lapangan terbang ini dimiliki oleh Kerajaan Korea Selatan dan menjadi hub Asiana Airlines, Korean Air dan Kargo Udara Kutub.

Sunday, September 23, 2012

GPS pada Kasut ?

LONDON - Risau sesat jalan atau sukar mengingati jalan ke tempat dituju? Kasut yang dilengkapi sistem kemudahan sistem penentu kedudukan global (GPS) mungkin dapat  bantu selesaikan masalah anda.

Seorang pereka kasut, Dominic Wilcox menggabungkan bahagian tumit kasut dengan papan litar GPS dan lampu kelip-kelip LED yang berfungsi penunjuk arah jalan. 

Jika anda berasa sesat jalan atau keliru  ke lokasi  dituju, hanya perlu menghentakkan kaki tiga kali kemudian lampu LED akan menyala tanda GPS dihidupkan.

"Saya membuat keputusan untuk mencipta sepasang kasut yang boleh memandu arah pemakainya pulang ke rumah dengan selamat tanpa perlu sesat lagi. Saya mendapat idea ini daripada filem Wizard of Oz yang menceritakan bagaimana watak Dorothy hanya perlu menghentak kasutnya kemudian sampai ke rumah," kata pemegang Sarjana Seni daripada Kolej Diraja Kesenian, London.

Kasut yang mendapat pengiktirafan daripada syarikat Global Footprint yang memiliki warisan lama bersama Dr Martens and Barkers itu, dilengkapi dengan perisian komputer dan kabel USB supaya apabila si pemakainya sampai di rumah, kemudian memakainya semula untuk keluar berjalan-jalan kasut ajaib itu dapat menjejaki alamat rumah tuannya.

Kasut itu memiliki antena di dalam tumit sebelah kiri yang mengandungi lampu LED berfungsi sebagai kompas selain berkomunikasi dengan pasangannya di sebelah kanan menggunakan sistem tanpa wayar bagi menunjukkan sejauh mana jalan yang perlu dilalui tuannya.

anime4nz : dunia semakin senang dengan gajet teknologi terkini.

Friday, September 21, 2012

FC BIO SANITARY PAD AVAIL

WOMEN, please make a choice for yourself ..

1. kotex, stayfree, libresse and 14 types of pads out the low quality ..
2. FC BIO SANITAY PAD high quality ..

If you choose number 1, you will get:

~ cancer
~ severe menstrual cramps
~ severe white
~ smelling discharge
~ health threats
~ high risk of causing cancer
and a host of gynecological problems ..

If you choose number 2, you will get:
~ get rid of their cancer
~ eliminate / reduce the menstrual cramps
~ eliminate smelly discharge
~ have a good health
~ there is no risk of causing cancer
~ insurance product has a guarantee of RM3 million
~ perfect absorption
~ to comfort ..

so, the choice is your hands .. you want your health affected or you want a good health ..

contact me at 019-9823405 to book FC BIO SANITARY PAD guarantee towards your health benefits .. :)



Join with us at facebook : Keluarga Avail 

Thank you and Congratulations on your actions to change ..

Thursday, September 20, 2012

potensi anak melalui cap jari

Kenali potensi anak : Analisa cap jari atau 'dermatoglyphics'.
Satu kaedah inovatif yang merekod dan menganalisis potensi serta bakat anak anda.

SEJAK dilahirkan, kanak-kanak memiliki bakat semula jadi yang secara lazimnya dapat diperhatikan ketika mereka masih kecil lagi

Bakat semula jadi ini bukan dibina melalui proses penyesuaian luar atau dilatih tetapi potensi diri mereka berdasarkan kecenderungan atau cara minda bertindak balas terhadap lingkungan stimulasi.

Ia boleh dikenal pasti sejak awal melalui analisa cap jari anak yang bertujuan untuk memberi idea kepada ibu bapa berusaha menyokong si kecil menerusi bakat dimiliki.

Justeru, satu program analisis cap jari diperkenalkan melalui kempen Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady bagi mengesan bakat semula jadi si kecil.

Menerusi analisis berkenaan, jari yang paling dominan dianalisis menerusi ukuran biometrik untuk mengkaji profil fungsi otak.

Analisis 10 jari tangan yang dilakukan selama 15 minit itu akan memberikan keputusan mengenai potensi sebenar anak untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa.

Wednesday, September 19, 2012

Loghat Terengganu

Loghat Terengganu merupakan salah satu loghat yang unik di Malaysia.
Terkenal dengan sebutan yang mempunyai penekanan terhadap huruf "G" pada kebanyakkan perkataan.
Perkataan ikan akan disebut 'ikang', makan disebut 'makang' dan pelbagai lagi.
Loghat Terengganu jiga mempunyai suku kata yang sering memperkuatkan lagi perkataan yang sebelumnya.
Di dalam bahasa arab ianya disebut sebagai "taukid" atau dengan maksud sebagai kata penegasan yang memberikan penekanan akan sesuatu yang ingin disampaikan dan menghilangkan keraguan pendengar.
Contohnya perkataan 'pahit lepang' yang bermaksud kepahitan yang teramat sangat.


Kepada yang berminat untuk mempelajari loghat terengganu, di sini anime4nz sertakan dan senaraikan serba sedikit perkataan-perkatan dalam loghat Terengganu yang sering dibualkan sebagai panduan.
Alhamdulillah anime4nz dah dapat kumpulkan loghat Terengganu dan telah postkan di blog sebelum ini.
animasi : Kamus Bahasa / Seleng / Slang / Dialek / Loghat Terengganu

Kini Kamus Terengganu v3 telah anime4nz siapkan. InsyaAllah, akan di update dari masa ke masa untuk kemudahan bersama.

Boleh DOWNLOAD EBOOK SEKARANG !!

Marilah kita sama-sama belajor baser tranung. Pah ning buleh pakak mari tranung. Mari kite mule...

Monday, September 17, 2012

apa itu kaveat ?

KAVEAT bermaksud sekatan atau halangan ; adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya.

Terdapat 4 (empat) jenis kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)

1. Kaveat Pendaftar 
- Kaveat yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik. Menurut Seksyen 320, Antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan. Ia juga untuk menghalang dari perbuatan / urusniaga fraud ataupun urus niaga yang tidak wajar.

2. Kaveat Persendirian
- Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hertanah tersebut. (Seksyen 322)

3. Kaveat Pemegang-Lien
- Kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan pinjaman bank. (Seksyen 330)

4. Kaveat Amanah
- Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut (Seksyen 332)

Thursday, September 13, 2012

lafaz selepas akad nikah

Jom anime4nz kongsikan lafaz yang telah dilupakan selepas akad nikah.
Semoga kita semua dapat amalkan agar dapat memberi kesan terus meresaap ke hati.... naluri..

Lafaz nerupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca bersama anime4nz antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah.

Wednesday, September 12, 2012

pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.

“Pelan tindakan itu adalah berdasarkan maklum balas yang diterima daripada semua pihak, termasuk pandangan dari pendidik tempatan dan antarabangsa,” katanya ketika melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Pelan jangka panjang itu akan menggariskan 11 anjakan dan akan menjadi cabaran kepada semua pihak berkenaan".

“Tugas yang menanti adalah satu cabaran kerana ia bukan saja melibatkan orang di dalam mahupun luar bandar ini tetapi semua 28 juta rakyat Malaysia,”.

"Pelan itu bukan saja bertumpu kepada pengetahuan dan kemahiran tetapi nilai-nilai yang betul untuk menjamin masa depan negara.


Tuesday, September 11, 2012

Fenomena Gangnam Style


Sejak kebelakangan ini seluruh dunia dah kecoh pasal music video tarian oppa gangnam style oleh seorang artis Korea dengan nama jolokan PSY.

Faktor utama yang penyebabnya adalah jumlah tontonan di youtube kini mencecah 130 juta penonton. Apa kekuatan yang ada pada video ini ya? nampak tarian pelik.... mungkin kini orang diluar sana masih mengharapkan sesuatu yang PELIK untuk ditonton.... sehingga tidak sampai di akal untuk memikirkan perkara itu.

Sehinggakan kita terikut-ikut dengan perbuatan dan perdebatan mengenainya... Kalau kita tak ada cerita kita dikatakan ketinggalan zaman la pulak... ha ha.... Ada yang ikut menari bersama dan tidak kurang yang membenci perkara tersebut.

Asalkan lagu yang tercipta 'catchy' dan mampu 'menangkap' telinga untuk terus mendengarnya, ia sudah cukup untuk membuatkan kita jatuh hati.

Namun tidak salah kiranya kita mengkaji sedikit mengenai lirik yang datang dari bahasa yang berbeza dan latar belakang jalan cerita lagu tersebut. Apa salahnya kita sedikit kritis dalam menilai produk luar? Lagipun bukan semua produk luar berkualiti, terpulang pada pilihan masing-masing. Bukanlah tidak boleh terima langsung perkara dari luar tetapi bukankah lebih elok jika perkara ini diseimbangkan. Biarlah kita ada identiti sendiri. Mahu mencipta identiti bukan mudah. Tapi perkara itu akan hilang bila-bila masa sahaja jika kita abaikannya. Tak salah untuk suka budaya import tapi dalam masa sama, agungkan budaya sendiri.

Jom kaji bersama anime4nz kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" [wikipedia] ini. berikut adalah summary berkenaan dengan apa yang anime4nz dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online